Wednesday 7 January 2015

SURAT ARAHAN PELAKSANAAN SPS DARI JPN PERAK

Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak
Tuan,
Sukacita dimaklumkan, mulai 1 Januari 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan dasar penggunaan satu (1) sistem bersepadu dan data tunggal. Ini bertujuan mengelak dari semua pihak dibebankan dengan kutipan data yang bertindih.
SPS boleh dilayari di sesawang http://sps.moe.gov.my . Sila klik menu Log Masuk. Klik salah satu Menu Pengurusan, login aplikasi menggunakan ID dan katalaluan yang sama seperti biasa.
Sehubungan itu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) diperkenalkan dan hendaklah dilaksanakan oleh semua sekolah mulai hari pertama sesi persekolahan 2015.
Perlu diingatkan, kerja kemaskini SEMUA DATA MENGIKUT 3 MODUL UTAMA hendaklah dilaksanakan 
SETIAP KALI berlaku sebarang perubahan dan sepanjang masa.
Sila muat turun surat arahan di bawah dan manual pengguna SPS boleh dimuat turun dari sesawang SPS atau APDM.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

No comments:

Post a Comment