Monday 29 December 2014

PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
Tuan,

Merujuk kepada kenyataan media oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 29 Disember 2014, sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula pada 12 Januari 2015.  Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.  Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Tuan Haji Khairol Azmi Bin Ahmad Arifin, Ketua Unit Perhubungan Dan Pendaftaran di talian 012-4514643.

Sekian terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

HAJI ZULKURNAINI BIN HUSSIN
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 SECARA ONLINE KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) NEGERI PERAK TAHUN 2015

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 SECARA ONLINE KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) NEGERI PERAK TAHUN 2015

Sila masukkan angka giliran UPSR Tahun 2014 dan Klik butang semak di:

Tindakan :
Sila baca dengan teliti maklumat berkaitan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila BAWA surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SMKA.

Wednesday 10 December 2014

10.12.2014 : TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Pengetua / Guru Besar
Sekolah  Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan

 Tuan,

TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Adalah saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan pejabat ini telah menerima buletin eSPKB dari Jabatan Akauntan Negara ANM.PK.P.P.600-5JLD.4(41) bertarikh 8 Disember 2014 , surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 tahun 2014 dan memo dari JPN Perak rujukan J.Pel. Pk.(AM) 5130 bertarikh 9 Disember 2014 adalah dirujuk.

3.         Dimaklumkan bahawa tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) bagi tahun 2014.Sehubungan itu pejabat ini telah mengambil keputusan menetapkan tarikh yang lebih awal seperti di Lampiran A untuk pihak tuan menyerahkan dokumen tuntutan ke pejabat ini bagi membolehkan kami menyemak dan memproses baucar bayaran melalui sistem eSPKB.

4.         Sebarang kegagalan pihak tuan mematuhi arahan, pejabat ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya tuntutan tidak dapat diproses. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dalam memastikan tarikh-tarikh akhir tersebut dipatuhi amatlah diharapkan. Adalah ditegaskan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi ketetapan tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah , pejabat ini berhak untuk menolak daripada membayar tuntutan tersebut.

5.         Kerjasama dari tuan amatlah dihargai bagi memastikan perbelanjaan tahun 2014 boleh dibuat pada tahun semasa bagi mencapai matlamat sifar AP58(a).

MUATTURUN SURAT ARAHAN DI BAWAH:





Sekian, terima kasih.

10.12.2014 : PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) AKHIR TAHUN/AWAL TAHUN

Semua,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah.
Semua,
Pengetua Sekolah Menegah dan Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENGURUSAN SPBT : 1. PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015
                                        2. PENGURUSAN SISTEM FAIL DAN BORANG SPBT G
Dengan segala hormat saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk rujukan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
Sekian,terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID

PPD KINTA SELATAN

10.12.2014 : EBULK SPBT : URL BARU SISTEM EBULK SPBT

Semua,
Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
KEY-IN DATA BUKU TEKS SPBT KE DALAM SISTEM MAKLUMAT SPBT EBULK
Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini di lampirkan surat dan url baharu bagi sistem EBULK SPBT.
2. Data buku kurang dan tercicir perlu di key-in di dalam MAKLUMAT BUKU - REKOD BUKU (ARUS PERDANA) di dalam sistem EBULK.
ID PENGGUNA : PEG. SPBT JIKA HILANG
KATA LALUAN : PEG. SPBT JIKA HILANG
Sila klik attachment di bawah.
Sekian dimaklumkan terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID
PPD KINTA SELATAN