Thursday 5 February 2015

MAKLUMAT BUKU TEKS LEBIH DAN KURANG_UTK AGIHAN DALAM DAERAH KINTA SELATAN

KEPADA

Pengetua dan Guru Besar
PK/GPK HEM Daerah Kinta Selatan dan
Semua Guru SPBT Daerah Kinta Selatan

MAKLUMAT BUKU TEKS LEBIH / KURANG BERDASARKAN DATA E-BULK PORTAL PPD MANJUNG ( DATA KEMASKINI SEHINGGA 4/2/2015 )

Perkara di atas adalah di rujuk.

2.     Mohon Guru SPBT bagi sekolah-sekolah yang masih kekurangan buku teks untuk muatturun maklumat yang dilampirkan dan membuat semakan data tersebut dengan sekolah-sekolah yang mempunyai lebihan buku teks yang diperlukan.

3.     Sila kenal pasti judul buku teks yang diperlukan dari sekolah lain ( yang mempunyai lebih buku teks ) dan terus berhubung dengan guru buku teks sekolah berkenaan untuk urusan pengambilan/pertukaran bagi mencukupkan bilangan buku teks di sekolah masing-masing. Sila jalan urusan berkenaan SELEPAS waktu persekolahan.

4.    Sekolah yang mempunyai lebihan buku teks, sila beri kerjasama kepada urusan berkenaan. Dasar Bahagian Buku Teks ( BBT ) KPM, bilangan buku bagi setiap judul yang perlu ada di Bilik BOSS adalah 3 buah bagi setiap judul, atau pun KOSONG ( tiada lebihan @ kurang ) dalam bilik BOSS. 

5. Sila pastikan buku lama boleh dibuat pelupusan. Sila ikut panduan dalam Buku Pengurusan SPBT edisi ketiga. Buku lama TIDAK DIBENARKAN hantar ke Bilik BOSD. Sekolah yang telah lulus untuk pelupusan, sila maklumkan ke PPD Kinta selatan tarikh lulus pelupusan untuk dipanjangkan ke JPN Perak bagi urusan kutipan oleh kontraktor yang dilantik.

6. Selepas semua urusan selesai....SILA KEMASKINI EBULK BAGI SEKOLAH MASING-MASING....WAJIB/MANDATORI.

7. BAGI YANG MASIH TIADA BUKU/ TIDAK CUKUP BUKU TEKS, SILA KEMASKINI EBULK....

SILA KLIK UNTUK MUATTURUN

1. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SK

2. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SJKC

3. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SJKT

4. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SMK


SEKIAN.