Thursday 25 September 2014

25.09.2014 : EDARAN BULETIN SEJARAH TINGKATAN 4 & LIMA EDISI 3/2014.

Kepada
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Kinta Selatan.

EDARAN BULETIN SEJARAH TINGKATAN 4 & 5 EDISI 3/2014.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) menerusi Bahagian Buku Teks ( BBT ) sedang mengedarkan Buletin Sejarah Tingkatan 4 & 5 Edisi 3/2014 melalui Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap sekolah menengah akan mendapat 10 set Buletin tersebut.

3.       Sehubungan itu, mohon pihak sekolah menghantar wakil untuk mengambil buletin tersebut. Sila rujuk petugas kaunter PPD Kinta Selatan untuk tujuan mengambil bulletin berkenaan. Kerjasama pihak tuan amat kami alu-alukan.


Sekian, terima kasih.

Tuesday 23 September 2014

BIASISWA TUNAS GELIGA

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Negeri Perak

Tuan,

PROGRAM BIASISWA TUNAS GELIGA

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat KP(BPSH-SPDK)201/002/01 Jld.265(54) bertarikh 17 September 2014 mengenai perkara di atas.

2.             Bersama surat ini dipanjangkan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Jalinan Kolaboratif Pelaksanaan Program Peneraju Tunas Geliga Antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Semua permohonan adalah secara atas talian di alamat http://penerajuedu.com mulai 7 September hingga 30 September 2014.

 3.            Permohonan biasiswa ini terbuka kepada murid Bumiputera Tahun 6. Permohonan dibuat secara atas talian di sesawang http://penerajuedu.com dari 7 September hingga 30 September 2014.

4.             Syarat :
      i.    Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
      ii.   Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan                                        
      iii.  Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebula
      iv.  Aktif dalam kokurikulum
      v.   Mempunyai bakat kepimpinan
      vi.  Bersedia ditempatkan di sekolah berasrama
      vii. Bersedia untuk mengikuti semua aktiviti pembangunan                     murid sepanjang tempoh penajaan YPPB

Mohon pihak sekolah membantu murid yang berminat untuk membuat permohonan.


Unit Hal Ehwal Murid, JPN Perak



PEMBUKAAN TALIAN SEMENTARA APB 2014

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak

Tuan,

RAYUAN PEMBUKAAN SEMULA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) UNTUK BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU 2014

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat email dari Bahagian Kewangan,KPM  bertarikh 22 September 2014 mengenai perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk membuka semula talian APB untuk tujuan pengemaskinian data permohonan baru BKPU tawaran baru 2014 untuk tempoh dua (2) hari sahaja iaitu pada 22-24 September 2014. Sebarang permohonan tarikh baru untuk pengemaskinian data selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan lagi.
Sekian.
Unit Hal Ehwal Murid, JPN Perak
s/k
Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Wednesday 17 September 2014

18.09.2014 : PELANJUTAN PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA(PBP1M) UNTUK PELAJAR MISKIN SELURUH NEGARA

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

PERLANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN BORANG BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA (PBP1M) UNTUK PELAJAR MISKIN DI SELURUH NEGARA

Sukacita merujuk edaran portal JPN Perak bertarikh 3 September 2014 mengenai perkara di atas.

2.             Sukacita pihak sekretariat PBP1M memaklumkan tempoh penghantaran borang berkenaan dilanjutkan mulai 12 September 2014 sehingga 30 September 2014.

3.         Mohon jika ada pencalonan daripada pihak sekolah untuk mencalonkan murid daripada sekolah masing-masing. Sila rujuk Portal JPN Perak bertarikh 3 September 2014 untuk maklumat lanjut


Muatturun ( Klik pada pautan di bawah )





Sekian, terima kasih
Unit HEM PPD Kinta Selatan. 


TEMPAHAN DAN PEMBELIAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUSELING TAHUN 2014

Pengetua / Guru Besar
Semua Sekolah Negeri Perak
( Sekolah yang mempunyai Kaunselor )

Tuan,
TEMPAHAN DAN PEMBELIAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUSELING TAHUN 2014

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan maklumat di bawah ( Sila klik pautan yang disediakan )

Sekian dimaklumkan terima kasih.

Muatturun ( sila klik )

UNIT HAL EHWAL MURID

Tuesday 16 September 2014

BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAPM ) 2015 BAGI DATA SEDIA ADA.

Kepada
Semua Guru Besar 
Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan.

PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAPM ) DATA SEDIA ADA ( DSA ) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2015.

Perkara di atas adalah durujuk.

2.     Mohon muatturun surat dan maklumat berkaitan dengan perkara di atas untuk tindakan pihak sekolah. Permohonan KWAPM DSA adalah bagi tahun 2 hingga tahun 6 sesi persekolahan 2015 ( murid tahun 1 hingga tahun 5 sesi persekolahan 2014 ). sehubungan itu pihak sekolah dikehendaki mengikut semua prosedur yang ditetapkan untuk menghantar semua maklumat murid ke PPD Kinta Selatan menggunakan Borang Rumusan KWAPM ( rujuk lampiran ).

3.     Semua sekolah dikkehendaki menghantar 1 salinan 'Hardcopy' yang telah disahkan oleh pentadbir secara Pos dan 1 salinan 'Softcopy' (salinan asal tidak perlu tandatangan) ke alamat email myzaredzuan8076@gmail.com pada atau sebelum 6 Oktober 2014 untuk perhatian Encik Mohd Yusniza Bin Mohd Redzuan, Penyelia HEM, PPD Kinta Selatan.

Sila KLIK untuk Muatturun Surat arahan dan prosedur sekolah

Contoh Borang Rumusan KWAPM - KLIK untuk Muatturun

Monday 15 September 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Kepada
Semua Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Mohon muatturun maklumat di bawah berkaitan dengan perkara di atas untuktindakan lanjut pihak sekolah.

Sila KLIK untuk Muatturun Surat

BPD1/SENARAI SEKOLAH YANG BELUM HANTAR BORANG BPD1

Berikut dilampirkan senarai nama sekolah yang masih belum hantar Borang BPD1
1. SK Sahom
2. SK Ulu Geruntum
3. SJKT Changkat

Mohon hantar segera

Thursday 11 September 2014

BPD 1 ( BAGI YANG BELUM HANTAR )

DILAMPIRKAN BORANG YANG SEBENAR BPD1 2014..

MOHON GUNA BORANG INI BAGI SEKOLAH YG BELUM HANTAR...YG SUDAH HANTAR X PERLU HANTAR SEMULA...

Tuesday 9 September 2014

PELAKSANAAN PROGRAM ASEAN KOMUNITI DI SEMUA SEKOLAH

Pengetua dan Guru Besar Negeri Perak
 Tuan,
PELAKSANAAN PROGRAM ASEAN KOMUNITI DI SEMUA SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Program Asean Komuniti di semua sekolah.

2.      Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Mior Anuar Bin Haji Ghazali di talian 05-5015140 atau 012-5730707.

( Sila klik pautan surat dan lampiran di bawah untuk maklumat lanjut ).

Sumber Portal JPNPk

Garis Panduan Perlaksanaan

Kertas Cadangan Program 5 Minit Asean Komuniti

Kertas Cadangan Menulis Esei Asean Komuniti

Kertas Cadangan Program Sudut/Laluan Asean Komuniti

Lampiran A Program

Surat Siaran / Arahan JPNPk

BAYARAN TERCICIR TERTANGGUNG 2014

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak
Tuan,
BAYARAN TERCICIR TERTANGGUNG 2014
Sukacita merujuk perkara di atas.
Bayaran Tercicir Tertanggung Tahun 2014 telah berjaya di kreditkan ke akaun murid pada 2 September 2013. Semakan kami mendapati hampir kesemua murid yang tercicir bayaran tertanggung 2014 adalah disebabkan kegagalan pihak sekolah untuk mengemaskini murid tertanggung berkenaan dalam sistem APB semasa proses pengemaskinian. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama murid yang berjaya dibuat bayaran tercicir tertanggung 2014 ( sila klik untuk pautan JPN Perak. Klik muatturun di Portal JPN Perak ).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Perak berharap perkara ini tidak berulang pada masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih. 
Senarai Bayaran Ikut Sekolah
Statistik Bayaran Ikut Sekolah
Laporan Keseluruhan
Ahmad Kamal Ariff Bin Ahmad Amin.
PSU (Bt)7
Bahagian Kewangan
Aras 7, Blok E12, Parcel E
Kementerian Pendidikan Malaysia

MENCETAK SURAT TAWARAN, MENGUNCI MASUK NOMBOR AKAUN BSN (TIDAK BERKELOMPOK) DAN MENGEMASKINI SETUJU TERIMA/TOLAK TAWARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU)

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

1.MENCETAK SURAT TAWARAN, MENGUNCI MASUK NOMBOR AKAUN BSN (TIDAK BERKELOMPOK) DAN MENGEMASKINI SETUJU TERIMA/TOLAK TAWARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU).
2.PEMBAYARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG BAGI KES KECICIRAN TAHUN 2014 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK.

Sukacita merujuk perkara di atas untuk makluman pihak sekolah.
Bersama ini disertakan 2 surat berkenaan ( sila klik di sini ) untuk tindakan sekolah mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan.

Muatturun surat arahan disini

Sekian, terima kasih.

Sunday 7 September 2014

BANCIAN INSIDEN JANGKITAN SAKIT MATA YANG MEREBAK DIKALANGAN MURID

KPM Sedang Memantau Penularan Jangkitan Sakit Mata Yang Merebak Dikalangan Murid.
Sehubungan itu, mohon semua sekolah di Kinta Selatan menghantar ( fakskan ) laporan berkenaan untuk maklumat PPD dan JPN Perak. Format di bawah boleh dimuatturun menerusi Box.net di bawah.

Contoh Borang Bancian;
TING/DARJAH
BILANGAN MURID TERKENA JANGKITAN SAKIT MATA YANG MEREBAK
MELAYU
CINA
INDIA
ORANG ASLI
LAIN-LAIN
JUMLAH
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
PRASEKOLAH










0
PERALIHAN










0
TING.1
DARJAH 1










0
TING.2
DARJAH 2










0
TING.3
DARJAH 3










0
TING.4
DARJAH 4










0
TING.5
DARJAH 5










0
TING.6
DARJAH 6










0
JUMLAH
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
JUMLAH BESAR
0
0
0
0
0
0

MUATTURUN DISINI

PENGHANTARAN BORANG PEMANTAUAN DISIPLIN 1 ( BPD1 )


SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERKENAAN.

BIL
SEKOLAH
KOD SEK
SEKOLAH KEBANGSAAN ( SK )
1
SK PENGKALAN BAHARU
ABA2017
2
SK CHANGKAT TUALANG
ABA2020
3
SK KUALA DIPANG
ABA2024
4
SK SAHOM
ABA2025
5
SK AIR HITAM LABU
ABA2028
6
SK SUNGAI ITEK
ABA2029
7
SK TOH INDERA WANGSA AHMAD
ABA2030
8
SK TRONOH
ABA2032
9
SK CHANGKAT TIN
ABA2036
10
SK ULU GERUNTUM
ABA2037
11
SK SENTOSA
ABA2054
12
SK SERI TRONOH
ABB2093
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA ( SJKC )
1
SJKC SUNGAI DURIAN
ABC2140
2
SJKC JERAM
ABC2148
3
SJKC YU YING,MAMBANG DIAWAN
ABC2156
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL ( SJKT )
1
SJKT CHANGKAT
ABD2169
SEKOLAH MENENGAH ( SMK )
1
SMK SENTOSA
AEA2064
2
SMK YUK KWAN
AEB2065
3
SMK PEI YUAN
AEB2068
4
SMK KAMPAR
AEB2069
5
SBP INTEGRASI GOPENG
ARA2001
2.       Sila hantar Borang Pemantauan Disiplin 1 ( BPD 1 ) sekolah masing-masing pada atau sebelum 11 September 2014 jam 2.00 petang ke PPD Kinta Selatan, Untuk Perhatian Penyelia HEM.

3.       Sila guna tapak yang dilampirkan. Borang yang siap hendaklah disahkan dan mohon hantar secara faks di talian 05-4650519.


Sekian, terima kasih

Sila Muatturun menerusi box.net di bawah