Sunday 15 November 2015

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI PERAK 2015.

Kepada

Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling ( Rujuk senarai nama )
Sekolah Rendan dan Menengah
Daerah Kinta Selatan.

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI PERAK 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Perak dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Perak akan menganjurkan Program Pemantapan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Perak. Maklumat program adalah seperti di bawah

Tarikh : 23 November 2015 hingga 25 November 2015
Hari : Isnin hingga Rabu
Masa : 2.00 petang ( 23 November 2015 - Pendaftaran )
Tempat : Kem PLKN Desa Rimba, Sauk, Kuala Kangsar, Perak
Kehadiran : Wajib ( Sasaran 500 orang GBK Negeri Perak )
Perasmian penutupan : YAB Menteri Besar, Perak


3. Mohon muatturun surat panggilan di bawah. Surat juga telah difakskan ke sekolah. Sebarang masalah/pertanyaan sila berhubung dengan Penolong PPD HEM di talian 05-4650531 atau Penyelia HEM, PPD Kinta Selatan di talian 017-5818202.

Muatturun surat rujuk portal PPDKS
klik di sini


TAWARAN BIASISWA UNTUK MURID UPSR BAGI SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPk 2016

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.
Tuan,
TAWARAN BIASISWA UNTUK MURID UPSR BAGI SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPk 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
Sekian terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID.
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Wednesday 11 November 2015

PENGISIAN DATA SPL KPM UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2015

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENGISIAN DATA SPL KPM UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Data SPL KPM akan dijana oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 November 2015. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk memastikan SEMUA guru dan staf sokongan telah mendapat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan sebelum 30 November 2015.

3. Pihak tuan juga perlu memastikan Setiausaha LADAP membuat perkara-perkara berikut dalam SPL KPM dengan kadar segera :
a. Memadam (delete) mana-mana latihan yang tidak dilaksanakan di sekolah
b. Memastikan semua kursus / latihan yang telah dijalankan, dikemaskini dengan menukar status 'DILAKSANAKAN'
c. Menyokong kursus luar (KKL) yang telah dihadiri oleh guru atau staf sokongan.
d. Menyokong ulasan buku (book review) yang dibuat oleh guru atau staf sokongan.
e. Menyemak senarai guru atau staf sokongan yang belum mencapai tujuh hari berkursus.

4. Bersama-sama ini disertakan Analisis Bilangan Hari Berkursus yang dijana pada 3 November 2015 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rozaida Binti Abdul Wahab (Penyelaras Latihan PPD Kinta Selatan) di talian 05-4650521 / 019-3663603. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.

SENARAI SEKOLAH

Sekian, terima kasih.

PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU TAHUN 2015 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK



Pengarah Kolej Vokasional,

Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan,
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
Negeri Perak.
Tuan,
PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU TAHUN 2015 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
2.    Surat dan tindakan seperti dilampirkan (ruangan attachments di bawah).

KLIK UNTUK MUATTURUN SURAT ARAHAN
Sekian, terima kasih.

Penolong Pengarah (Tajaan & Biasiswa)
Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Lama dah tak ke sini





Friday 11 September 2015

SLIDE TAKLIMAT ASRAMA AMANJAYA HARMONI ( ASAH )

Kepada

Semua sekolah rendah

Mohon sebar luaskan kpd semua sekolah berkaitan dengan Asrama Amanjaya Harmoni kepada murid dan ibu bapa.

Khusus untuk murid lelaki  tahun 4 2015 yang akan masuk darjah 5 2016 ( lelaki sahaja ) guna keputusan akhir tahun / pertengahan tahun 2015.

Muatturun bahan untuk maklumat lanjut


BAHAN TAKLIMAT JEJAK MURID SELEPAS SPM 2013 DAN 2014

Dilampirkan bahan berkenaan, sila muatturun ( khusus untuk sekolah menengah sahaja )

Aptitute Tahun 3

Dilampirkan maklumat/bahan aptitute tahun 3

Muatturun dan fahami.

LPM akan keluarkan surat ke sekolah.

Soalan boleh muatturun selewat-lewatnya 15/9/2015


BAHAN AMALAN TERBAIK KAUNSELING DAN DISIPLIN

Disertakan bahan yang diperlukan untuk persediaan Amalan Terbaik B&K dan Disiplin.

Kategori Bimbingan dan Kaunseling
1. Amalan Terbaik B&K SM
2. Amalan Terbaik B&K SR
3. Pengurusan Terbaik Kaunseling ( sama ada SM atau SR )

Kategori Disiplin
1. Amalan Terbaik Disiplin SM
2. Amalan Terbaik Disiplin SR
3. Pengurusan Disiplin Terbaik ( SM atau SR )

Sila muatturun bahan di bawah


Thursday 4 June 2015

KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK 2015

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak
Tuan,
KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK 2015
Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.
Sekian, terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan

ARAHAN MENCETAK LAPORAN 460 DAN LAPORAN BTLK BUKU TEKS KEGUNAAN 2016

Semua,
Pengarah Kolej Vokasional,
Pengetua Sekolah Menengah,
Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

Tuan,
ARAHAN MENCETAK LAPORAN 460 DAN LAPORAN BTLK BUKU TEKS KEGUNAAN 2016 MELALUI SISTEM eSPBT ONLINE
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat yang berkaitan untuk tindakan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
sekian dimaklumkan terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

PELAKSANAAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA(PS1M)

Semua Guru Besar,
Seluruh Negeri Perak.
Tuan,
PELAKSANAAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)
Bersama ini dilampirkan surat dan maklumat untuk tindakan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
Sekian terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

KEBENARAN MENGADAKAN PROMOSI KESIHATAN DENGGI DI SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar
Senarai Edaran (Sekolah Rendah dan Sekolah Menegah)
Tuan,
KEBENARAN MENGADAKAN PROMOSI KESIHATAN DENGGI DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat dan senarai edaran sekolah untuk tindakan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
sekian terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Monday 13 April 2015

STATUS PENGISIAN SPKS KINTA SELATAN

PENGISIAN SPKS APRIL/2015
SEKOLAH-SEKOLAH KINTA SELATAN HINGGA 10:30 PAGI 14/4/2015


1. PENGISIAN LENGKAP = 67 BUAH SEKOLAH
- 56 BUAH SEK. RENDAH
- 11 BUAH SEK. MENEGAH

2. PENGISIAN TIDAK LENGKAP = 0 BUAH
- 0 BUAH SEK. RENDAH
- 0 BUAH SEK. MENENGAH

3. BELUM MENGISI = 13 BUAH SEKOLAH
- 9 BUAH SEK. RENDAH
- SK = 4 BUAH
- SJKC = 2 BUAH
- SJKT = 3 BUAH

- 4 BUAH SEK. MENENGAH

Friday 27 March 2015

SPS: PROSEDUR OPERASI STANDARD (POS) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Semua,

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekoah Menengah dan Rendah Negeri Perak
Tuan,
Surat KPM(BPSH-SPKICT)100-11/2/1 bertarikh 16 Mac 2015 dirujuk.
Sukacita dimaklumkan, selaras dengan pengenalan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu sistem data pendidikan yang tunggal, bersama ini disertakan salinan Prosedur Operasi Standard (POS) atau "Standard Operating Procedure" (SOP) yang menjadi terma rujukan rasmi di semua peringkat. Semua pihak juga dinasihatkan merujuk dan mematuhi POS ini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Thursday 26 March 2015

PROGRAM MINDA SIHAT

Kepada

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya ( Sekolah Menengah )
Daerah Kinta Selatan.

1. Mohon muatturun maklumat / bahan untuk pelaksanaan Program Minda Sihat bagi tahun 2015.

2. Sila baca dan fahami Garis panduan yang dilampirkan. Semua maklumat ( Garis panduan dan soalan pengujian ) dan aktiviti ada dilampirkan bersama.

3. Sila patuhi takwim yang ditetapkan.( Rujuk Garis panduan )

4. semua sekolah menengah diWAJIBKAN melaksanakan program ini.

SILA KLIK : GARIS PANDUAN MINDA SIHAT 2015

RUMUSAN PERMOHONAN KWAPM D1, TING.1 SERTA TERCICIR D2-D6 DAN EKASIH SECARA ONLINE

       Terima Kasih atas kerjasama semua Pengetua/Guru Besar, PK/GPK HEM, Guru Biasiswa dan Guru Kwapm atas kesabaran dan keprihatinan tuan/puan dalam mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan seterusnya dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan ( APB ).

       Berikut dilampirkan Rumusan Permohonan KWAPM Online Daerah Kinta Selatan untuk rujukan.

Sila Klik : Rumusan Permohonan KWAPM Online Kinta Selatan

Monday 9 March 2015

LANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN KWAPM ONLINE MELALUI SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)-MODUL KWAPM.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan.

LANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN KWAPM BAGI MURID DARJAH 1, TINGKATAN 1 DAN PELARASAN DARJAH 2 HINGGA DARJAH 6 TAHUN 2015 SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)-MODUL KWAPM.

Surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BKEW/BT) 1900-0 Jld.5 ( 4 ) bertarikh 4 MAC 2015  Jld.5 (2) dan Surat KP(BKEW/BT)1900-0 bertarikh 4 Febuari 2015 adalah berkaitan.

2.        Untuk makluman, tempoh permohonan secara atas talian bantuan KWAPM tahun 2015 bagi murid darjah 1, tingkatan 1 dan pelarasan Darjah 2 hingga darjah 6 menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan ( APB ) modul KWAPM dilanjutkan sehingga 21 MAC 2015.


3.        Sila muatturun surat dan panduan di bawah. Kepada sekolah yang belum selesai sila selesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sebarang masalah sila panjangkan seperti yang tercatat dalam panduan iaitu menerusi email ke KPM.


Harap maklum, terima kasih

PELARASAN BAYARAN PENUH RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015 BAGI DAERAH KINTA SELATAN.

Kepada

Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) DAERAK KINTA SELATAN TAHUN 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Mohon sekolah-sekolah di Daerah Kinta Selatan menyemak butiran kewangan berkaitan dengan RMT dalam akaun sekolah masing-masing. Wang pelarasan RMT untuk 190 hari telah dikeluarkan oleh pihak JPN Perak.


3.        Berikut dilampirkan senarai nama sekolah dan bilangan penerima RMT serta pelarasan kewangan untuk 190 hari. Sila klik pautan di bawah untuk muatturun.


4.        Sekolah buat buat pembayaran ke pada pengusaha kantin/RMT mengikut perjanjian yang telah dibuat antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin/RMT di sekolah masing-masing.

Harap maklum, terima kasih.

PERINGATAN PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS

Semua Pengetua/Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS
Bersama ini dilampirkan surat berkaitan.
Sila klik attachment di bawah.


UNIT HAL EHWAL MURID


Thursday 5 February 2015

MAKLUMAT BUKU TEKS LEBIH DAN KURANG_UTK AGIHAN DALAM DAERAH KINTA SELATAN

KEPADA

Pengetua dan Guru Besar
PK/GPK HEM Daerah Kinta Selatan dan
Semua Guru SPBT Daerah Kinta Selatan

MAKLUMAT BUKU TEKS LEBIH / KURANG BERDASARKAN DATA E-BULK PORTAL PPD MANJUNG ( DATA KEMASKINI SEHINGGA 4/2/2015 )

Perkara di atas adalah di rujuk.

2.     Mohon Guru SPBT bagi sekolah-sekolah yang masih kekurangan buku teks untuk muatturun maklumat yang dilampirkan dan membuat semakan data tersebut dengan sekolah-sekolah yang mempunyai lebihan buku teks yang diperlukan.

3.     Sila kenal pasti judul buku teks yang diperlukan dari sekolah lain ( yang mempunyai lebih buku teks ) dan terus berhubung dengan guru buku teks sekolah berkenaan untuk urusan pengambilan/pertukaran bagi mencukupkan bilangan buku teks di sekolah masing-masing. Sila jalan urusan berkenaan SELEPAS waktu persekolahan.

4.    Sekolah yang mempunyai lebihan buku teks, sila beri kerjasama kepada urusan berkenaan. Dasar Bahagian Buku Teks ( BBT ) KPM, bilangan buku bagi setiap judul yang perlu ada di Bilik BOSS adalah 3 buah bagi setiap judul, atau pun KOSONG ( tiada lebihan @ kurang ) dalam bilik BOSS. 

5. Sila pastikan buku lama boleh dibuat pelupusan. Sila ikut panduan dalam Buku Pengurusan SPBT edisi ketiga. Buku lama TIDAK DIBENARKAN hantar ke Bilik BOSD. Sekolah yang telah lulus untuk pelupusan, sila maklumkan ke PPD Kinta selatan tarikh lulus pelupusan untuk dipanjangkan ke JPN Perak bagi urusan kutipan oleh kontraktor yang dilantik.

6. Selepas semua urusan selesai....SILA KEMASKINI EBULK BAGI SEKOLAH MASING-MASING....WAJIB/MANDATORI.

7. BAGI YANG MASIH TIADA BUKU/ TIDAK CUKUP BUKU TEKS, SILA KEMASKINI EBULK....

SILA KLIK UNTUK MUATTURUN

1. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SK

2. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SJKC

3. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SJKT

4. DATA BUKU TEKS LEBIH/KURANG_SMK


SEKIAN.

Tuesday 27 January 2015

ANALISA PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH 2015.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar

Berikut dilampirkan senarai sekolah yang masih belum hantar maklumat pengusaha kantin sekolah bagi tahun 2015 ke PPD Kinta Selatan.
BIL
Nama Sekolah
1
SK AIR HITAM LABU
2
SK SERI JAYA
3
SK SULTAN YUSSUF
4
SK GOPENG
5
SJK(C) YUK KWAN
6
SJK(T) GOPENG
7
SJK(T) METHODIST
8
SJK(T) LADANG KINTA VALLEY
9
SJK(T) LADANG KOTA BAHROE
10
SJK(T) MAMBANG DIAWAN
11
SJK(T) KAMPAR
12
SJK(T) LADANG KAMPAR
13
SMK SRI KAMPAR
14
SMK SENTOSA
15
SMK SERI TEJA
16
SMK SULTAN YUSSUF
17
SMK YUK KWAN
18
SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD
19
SMK DATO' BENDAHARA C M YUSUF
20
SMK TRONOH
21
SBP INTEGRASI GOPENG

Bagi sekolah rendah yang tiada kantin, sila nyatakan pembekal RMT sekolah masing-masing.

Maklumat pengusaha kantin tersebut boleh difaxkan atau email ke alamat myzaredzuan@gmail.com atau yusniza.redzuan@moe.gov.my . Mohon Tindakan segera.

Sekian, terima kasih.

BAHAN TAKLIMAT DAN BENGKEL KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN TAHUN 2016

Semua,
Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
BAHAN TAKLIMAT DAN BENGKEL KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN TAHUN 2016
Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita dimaklumkan Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) secara online telah sedia untuk digunakan di semua sekolah seluruh negara pada tahun 2015. Bersama ini dilampirkan maklumat yang perlu di bawa oleh Penyelaras SPBT sekolah ketika menghadiri taklimat keperluan SPBT kegunaan  tahun 2016 di daerah masing-masing.
2.1 komputer riba
2.2 wayar penyambung (extension wire)
2.3 peranti jalur lebar (Broadband/ wifi devices)
2.4 Borang ujuran enrolmen murid yang lengkap dan terkini
2.5 Senarai kehadiran murid 'Return' bulanan mengikut tahun/tingkatan terkini
2.6 Lampiran G yang telah dikemas kini, lengkap dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar (bawa softcopy bersama)
2.7 Senarai murid mengikut mata pelajaran teras/elektif/agama/moral
2.8 Surat turun kuasa Pengetua/Guru Besar kepada Penyelaras SPBT sekolah untuk pengesahan data enrolmen dan pesanan buku teks dalam sistem eSPBT

SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.