Wednesday 11 November 2015

PENGISIAN DATA SPL KPM UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2015

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENGISIAN DATA SPL KPM UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Data SPL KPM akan dijana oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 November 2015. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk memastikan SEMUA guru dan staf sokongan telah mendapat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan sebelum 30 November 2015.

3. Pihak tuan juga perlu memastikan Setiausaha LADAP membuat perkara-perkara berikut dalam SPL KPM dengan kadar segera :
a. Memadam (delete) mana-mana latihan yang tidak dilaksanakan di sekolah
b. Memastikan semua kursus / latihan yang telah dijalankan, dikemaskini dengan menukar status 'DILAKSANAKAN'
c. Menyokong kursus luar (KKL) yang telah dihadiri oleh guru atau staf sokongan.
d. Menyokong ulasan buku (book review) yang dibuat oleh guru atau staf sokongan.
e. Menyemak senarai guru atau staf sokongan yang belum mencapai tujuh hari berkursus.

4. Bersama-sama ini disertakan Analisis Bilangan Hari Berkursus yang dijana pada 3 November 2015 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rozaida Binti Abdul Wahab (Penyelaras Latihan PPD Kinta Selatan) di talian 05-4650521 / 019-3663603. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.

SENARAI SEKOLAH

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment