Tuesday 27 January 2015

ANALISA PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH 2015.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar

Berikut dilampirkan senarai sekolah yang masih belum hantar maklumat pengusaha kantin sekolah bagi tahun 2015 ke PPD Kinta Selatan.
BIL
Nama Sekolah
1
SK AIR HITAM LABU
2
SK SERI JAYA
3
SK SULTAN YUSSUF
4
SK GOPENG
5
SJK(C) YUK KWAN
6
SJK(T) GOPENG
7
SJK(T) METHODIST
8
SJK(T) LADANG KINTA VALLEY
9
SJK(T) LADANG KOTA BAHROE
10
SJK(T) MAMBANG DIAWAN
11
SJK(T) KAMPAR
12
SJK(T) LADANG KAMPAR
13
SMK SRI KAMPAR
14
SMK SENTOSA
15
SMK SERI TEJA
16
SMK SULTAN YUSSUF
17
SMK YUK KWAN
18
SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD
19
SMK DATO' BENDAHARA C M YUSUF
20
SMK TRONOH
21
SBP INTEGRASI GOPENG

Bagi sekolah rendah yang tiada kantin, sila nyatakan pembekal RMT sekolah masing-masing.

Maklumat pengusaha kantin tersebut boleh difaxkan atau email ke alamat myzaredzuan@gmail.com atau yusniza.redzuan@moe.gov.my . Mohon Tindakan segera.

Sekian, terima kasih.

BAHAN TAKLIMAT DAN BENGKEL KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN TAHUN 2016

Semua,
Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
BAHAN TAKLIMAT DAN BENGKEL KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN TAHUN 2016
Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita dimaklumkan Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) secara online telah sedia untuk digunakan di semua sekolah seluruh negara pada tahun 2015. Bersama ini dilampirkan maklumat yang perlu di bawa oleh Penyelaras SPBT sekolah ketika menghadiri taklimat keperluan SPBT kegunaan  tahun 2016 di daerah masing-masing.
2.1 komputer riba
2.2 wayar penyambung (extension wire)
2.3 peranti jalur lebar (Broadband/ wifi devices)
2.4 Borang ujuran enrolmen murid yang lengkap dan terkini
2.5 Senarai kehadiran murid 'Return' bulanan mengikut tahun/tingkatan terkini
2.6 Lampiran G yang telah dikemas kini, lengkap dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar (bawa softcopy bersama)
2.7 Senarai murid mengikut mata pelajaran teras/elektif/agama/moral
2.8 Surat turun kuasa Pengetua/Guru Besar kepada Penyelaras SPBT sekolah untuk pengesahan data enrolmen dan pesanan buku teks dalam sistem eSPBT

SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.


BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2015.

Kepada
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan.

RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BKAP1M 2015 ( LAMPIRAN A ).

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Pihak PPDKS berharap semua sekolah telah membuat pembayaran BKAP1M kepada semua murid yang layak.

3.     Sekolah-sekolah yang telah membuat pembayaran, dikehendaki menghantar LAMPIRAN A ( Rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2015 ) ke PPD Kinta Selatan pada atau sebelum 10 Febuari 2015.

4.     Sekolah tidak perlu hantar Lampiran B ( Senarai nama murid ) ke PPDKS.


5.     Sehingga 27 Januari 2015, masih ada 63 buah sekolah yang masih belum hantar lampiran A tersebut. ( SK = 25 buah sekolah, SJKC = 16 buah sekolah, SJKT = 8 buah sekolah dan SMK = 14 buah sekolah. )

Monday 26 January 2015

MAKLUMAT PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH.

KEPADA

Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah

Nama Sekolah
SK GOPENG
SK AIR HITAM LABU
SK CHANGKAT TIN
SK AYER DENAK
SK SERI JAYA
SK SULTAN YUSSUF
SK GOPENG
SK DE LA SALLE

SJK(C) YUK KWAN
SJK(C) MAMBANG DIAWAN
SJK(T) GOPENG
SJK(T) METHODIST
SJK(T) LADANG KINTA VALLEY
SJK(T) LADANG KOTA BAHROE
SJK(T) MAMBANG DIAWAN
SJK(T) KAMPAR
SJK(T) LADANG KAMPAR
SMK SRI KAMPAR
SMK SENTOSA
SMK SERI TEJA
SMK SULTAN YUSSUF
SMK YUK KWAN
SMK KAMPAR
SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD
SMK DATO' BENDAHARA C M YUSUF
SMK TRONOH

SBP INTEGRASI GOPENG


Sekolah-sekolah di atas masih belum menghantar maklumat pengusaha kantin sekolah masing-masing ke PPD Kinta Selatan. Sila hantar maklumat pengusaha kantin sekolah tuan/puan dalam kadar segera. Sila rujuk Portal PPDKS bertarikh 23/1/2015.

Monday 19 January 2015

PENGEMASKINIAN LEBIHAN DAN KEKURANGAN BUKU SPBT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar Daerah Kinta Selatan.
( u.p Guru SPBT dan Penyelaras BOSS Daerah )

PENGEMASKINIAN LEBIHAN DAN KEKURANGAN BUKU SPBT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN.

Pihak PPD Kinta Selatan sedang melakukan semakan berkaitan dengan perkara di atas.


Sehubungan itu, semua sekolah ( Guru SPBT ) dikehendaki mengemaskini buku SPBT yang lebih atau kurang di sekolah masing-masing dalam sistem e-BULK SPBT menerusi url : http://apps.ppdmanjung.edu.my/ebulkspbt/login.php ( sila gunakan browser Mozilla firefox ). Pengemaskinian mestilah selesai pada atau sebelum 22 Januari 2015.


PPD Kinta selatan akan melaksanakan “lelongan buku teks” selepas tarikh tersebut. Sila pastikan maklumat yang dikunci masuk ( key-in ) tepat seperti yang terdapat dalam rekod BOSS masing-masing.

Sebarang masalah sila berhubung dengan Penyelia SPBT Daerah, En. Mohd Yusniza Redzuan di talian 017-5818202.

Harap maklum.

Wednesday 7 January 2015

SURAT ARAHAN PELAKSANAAN SPS DARI JPN PERAK

Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak
Tuan,
Sukacita dimaklumkan, mulai 1 Januari 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan dasar penggunaan satu (1) sistem bersepadu dan data tunggal. Ini bertujuan mengelak dari semua pihak dibebankan dengan kutipan data yang bertindih.
SPS boleh dilayari di sesawang http://sps.moe.gov.my . Sila klik menu Log Masuk. Klik salah satu Menu Pengurusan, login aplikasi menggunakan ID dan katalaluan yang sama seperti biasa.
Sehubungan itu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) diperkenalkan dan hendaklah dilaksanakan oleh semua sekolah mulai hari pertama sesi persekolahan 2015.
Perlu diingatkan, kerja kemaskini SEMUA DATA MENGIKUT 3 MODUL UTAMA hendaklah dilaksanakan 
SETIAP KALI berlaku sebarang perubahan dan sepanjang masa.
Sila muat turun surat arahan di bawah dan manual pengguna SPS boleh dimuat turun dari sesawang SPS atau APDM.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Tuesday 6 January 2015

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ( SPS )

Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

PERHATIAN : PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ( SPS )


Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.

Proses naik kelas secara automatik telah dilakukan oleh sistem. Penolong Kanan Pentadbiran diwajib mendaftarkan kelas yang belum wujud atau mengemaskini kelas sedia ada di sekolah masing-masing berserta maklumat guru kelas

Guru kelas dikehendaki mengemaskini data murid SEBELUM 15 JANUARI 2015

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab di atas segala tugas pengemaskinian data dan maklumat murid diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Pengetua/Guru Besar diwajib mengesahkan semua data murid selepas tamat tempoh pengemaskinian.

Kehadiran murid bagi semua sekolah adalah menerusi modul Pengurusan Murid (PM).

Sila klik untuk muatturun surat dan garis panduan pelaksanaan

1. SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 21 TAHUN 2014

2. Garis Panduan Pelaksanaan SPS

PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 2015 DAERAH KINTA SELATAN.

Kepada

Semua Guru Besar, Sekolah Rendah
Semua PK/GPK HEM, Sekolah Rendah.

PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 2015 DAERAH KINTA SELATAN.

Untuk makluman, RMT 2015 akan bermula berdasarkan ketetapan di bawah:

1. Tahun 2 hingga Tahun 6, akan bermula 12 JANUARI 2015.
2. Tahun 1, akan bermula pada 2 Febuari 2015

Sila rujuk surat pekeliling yang telah diedarkan sebelum ini kepada semua sekolah.

*** Senarai nama murid tahun 1 hingga tahun 6, mohon hantar pada atau sebelum 10/1/2015**
Sebarang masalah sila berhubung dengan Penyelia HEM PPD Kinta Selatan.

Monday 5 January 2015

SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA BAGI TAHUN 2015

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Negeri Perak.

Tuan,

SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA BAGI TAHUN 2015.

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan. Sila fahami dan patuhi GARIS PANDUAN yang dilampirkan semasa menguruskan bantuan tersebut. Keutamaan kepada murid yang terjejas dengan banjir.

Sila klik attachment di bawah.




Sekian terima kasih.


UNIT HAL EHWAL MURID