Monday 29 December 2014

PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
Tuan,

Merujuk kepada kenyataan media oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 29 Disember 2014, sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula pada 12 Januari 2015.  Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.  Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Tuan Haji Khairol Azmi Bin Ahmad Arifin, Ketua Unit Perhubungan Dan Pendaftaran di talian 012-4514643.

Sekian terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

HAJI ZULKURNAINI BIN HUSSIN
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 SECARA ONLINE KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) NEGERI PERAK TAHUN 2015

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 SECARA ONLINE KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) NEGERI PERAK TAHUN 2015

Sila masukkan angka giliran UPSR Tahun 2014 dan Klik butang semak di:

Tindakan :
Sila baca dengan teliti maklumat berkaitan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila BAWA surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SMKA.

Wednesday 10 December 2014

10.12.2014 : TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Pengetua / Guru Besar
Sekolah  Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan

 Tuan,

TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Adalah saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan pejabat ini telah menerima buletin eSPKB dari Jabatan Akauntan Negara ANM.PK.P.P.600-5JLD.4(41) bertarikh 8 Disember 2014 , surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 tahun 2014 dan memo dari JPN Perak rujukan J.Pel. Pk.(AM) 5130 bertarikh 9 Disember 2014 adalah dirujuk.

3.         Dimaklumkan bahawa tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) bagi tahun 2014.Sehubungan itu pejabat ini telah mengambil keputusan menetapkan tarikh yang lebih awal seperti di Lampiran A untuk pihak tuan menyerahkan dokumen tuntutan ke pejabat ini bagi membolehkan kami menyemak dan memproses baucar bayaran melalui sistem eSPKB.

4.         Sebarang kegagalan pihak tuan mematuhi arahan, pejabat ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya tuntutan tidak dapat diproses. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dalam memastikan tarikh-tarikh akhir tersebut dipatuhi amatlah diharapkan. Adalah ditegaskan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi ketetapan tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah , pejabat ini berhak untuk menolak daripada membayar tuntutan tersebut.

5.         Kerjasama dari tuan amatlah dihargai bagi memastikan perbelanjaan tahun 2014 boleh dibuat pada tahun semasa bagi mencapai matlamat sifar AP58(a).

MUATTURUN SURAT ARAHAN DI BAWAH:





Sekian, terima kasih.

10.12.2014 : PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) AKHIR TAHUN/AWAL TAHUN

Semua,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah.
Semua,
Pengetua Sekolah Menegah dan Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENGURUSAN SPBT : 1. PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015
                                        2. PENGURUSAN SISTEM FAIL DAN BORANG SPBT G
Dengan segala hormat saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk rujukan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
Sekian,terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID

PPD KINTA SELATAN

10.12.2014 : EBULK SPBT : URL BARU SISTEM EBULK SPBT

Semua,
Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
KEY-IN DATA BUKU TEKS SPBT KE DALAM SISTEM MAKLUMAT SPBT EBULK
Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini di lampirkan surat dan url baharu bagi sistem EBULK SPBT.
2. Data buku kurang dan tercicir perlu di key-in di dalam MAKLUMAT BUKU - REKOD BUKU (ARUS PERDANA) di dalam sistem EBULK.
ID PENGGUNA : PEG. SPBT JIKA HILANG
KATA LALUAN : PEG. SPBT JIKA HILANG
Sila klik attachment di bawah.
Sekian dimaklumkan terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID
PPD KINTA SELATAN 

Friday 28 November 2014

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN 1 TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB TAHUN 2015

KEPADA

SEMUA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN

DAERAH KINTA SELATAN


PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN 1 TAHFIZ MODEL 

ULUL ALBAB TAHUN 2015


BERIKUT MAKLUMAT PELAKSANAAN UJIAN


TARIKH : 1.12.2014 ( ISNIN )

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

TEMPAT: SMK KAMPAR

MUATTURUN



Thursday 20 November 2014

20.11.2014 : BUKU KESIHATAN MURID DAN PENGEDARAN POSTER PROMOSI JOM MASUK ASRAMA

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengedarkan Poster Promosi Jom Masuk Asrama kepada semua sekolah menerusi PPD. Sehubungan itu dipohon tuan/puan untuk menghantar wakil untuk mengambil poster berkenaan di kaunter PPD Kinta Selatan pada atau sebelum 28 Disember 2014.

3.         Pihak sekolah yang memerlukan Buku Rekod Kesihatan murid juga boleh mengambil buku berkenaan di PPD Kinta Selatan mengikut bilangan yang diperlukan. Sila berhubung dengan Encik Johari bin Kassim untuk tujuan pengambilan buku tersebut. 

Sekian, terima kasih

20.11.2014 : TAKLIMAT PEMANTAPAN KEHADIRAN MURID DALAM SPS UNTUK PK/GPK HEM DAERAH KINTA SELATAN

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak PPD Kinta Selatan dengan kerja sama PKG Daerah akan mengadakan taklimat untuk memantapkan pengurusan kehadiran dalam SPS oleh Pihak sekolah.

3.         Maklumat taklimat dalah seperti di bawah;
                        3.1. Tarikh : 02 Disember 2014
                        3.2. Tempat : Bilik Mesyuarat SK TIWA, Batu Gajah
                        3.3. Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 ptg
                        3.4. Pakaian : Kerja
                        3.5. Sasaran : PK/GPK Hem


4.         Sila muatturun surat panggilan di bawah.


Monday 17 November 2014

18.11.2014 : PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2015.

KEPADA
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan.

PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2015.

Surat KPM KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5 Jld.20(35) bertarikh 30 Oktober 2014 adalah dirujuk.

2.       Mohon semua sekolah rendah ( PK/GPK HEM ) memuatturun surat siaran Pelaksanaan RMT 2015 di sekolah-sekolah di bawah.

3.       Sila patuhi surat siaran berkenaan. Mohon edarkan borang permohonan RMT kepada murid yang layak.( Borang permohonan adalah seperti yang dilampirkan bersama surat siaran ) Surat/borang permohonan tersebut hendaklah dianalisis dan disimpan sebagai bukti murid itu layak.


4.       Mohon pihak sekolah hantar Bilangan Penerima RMT yang layak ke PPD Kinta Selatan u.p Penyelia HEM ( di emailkan, guna format tahun lepas ) pada atau sebelum 21/11/2014.






18.11.2014 : PENGAUDITAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) OLEH JABATAN AUDIT NEGARA DI NEGERI PERAK 2015.

KEPADA
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan.

PENGAUDITAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) OLEH JABATAN AUDIT NEGARA DI NEGERI PERAK 2015.

Surat JPN Perak J.Pel.Pk.(Kew) 3490 (10) bertarikh 4/11/2014 dan Surat Daripada KPM KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5 Jld.18(34) bertarikh 30 Oktober 2014 adalah dirujuk.

2.       Mohon semua sekolah rendah ( SK, SJKC dan SJKT ) untuk membuat persediaan untuk pengauditan ini khusus untuk RMT yang akan melibatkan fail, data, maklumat-maklumat RMT, kewangan RMT dan yang berkaitan bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Semua maklumat RMT hendaklah/harus mematuhi peraturan, garis panduan dan prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

3.       Pengauditan / pemantauan ini akan bermula pada bulan Januari 2015 di negeri Perak.

4.       Surat arahan dan makluman, sila muatturun.....


18.11.2014 : PENGUMPULAN DATA/MAKLUMAT GURU BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN

Kepada

Semua Pengetua Sekolah Menengah daerah Kinta Selatan dan
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan
( U.P Sekolah yang punyai GBK&K )

PENGUMPULAN DATA/MAKLUMAT GURU BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN

2.       Pihak JPN Perak kini sedang mengumpulkan maklumat berkaitan dengan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya ( yang ada KBPA dan yang belum ada KBPA, lantikan sekolah tidak perlu isi ) di semua sekolah di Negeri Perak.


3.       Semua Guru B&K diminta mengisi maklumat berkenaan secara atas talian ( online ) dengan menggunakan alamat url = http://goo.gl/i64EEM

Semua pengisian tersebut mestilah dilaksanakan/selesai sebelum 21/11/2014. Maklumat tuan/puan akan dikumpulkan sebagai pengkalan data GBKK bagi negeri Perak. Kepada sekolah GBKK yang telah mengisi, Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan atas keprihatinan tuan/puan.

18.11.2014 : PELAPORAN DASAR WARGA EMAS NEGARA DAN LAPORAN L4 DAERAH KINTA SELATAN

Kepada
Semua Sekolah
Sekolah Menengah dan
Sekolah rendah Daerah Kinta Selatan
( U.P Guru Bimbingan & Kaunselung Kerjaya )

PELAPORAN DASAR WARGA EMAS NEGARA ( DWEN ) DAN L4  DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2014.

2.       Pihak JPN Perak kini sedang mengumpulkan pelaporan pelaksanaan aktiviti  Dasar Warga Emas Negara (DWEN)2014 dan pelaporan L4.


3.       Sekolah-sekolah yang telah melaksanakan program tersebut dikehendaki membuat pelaporan secara atas talian ( online ) dengan mengisi pelaporan sekolah tuan/puan di alamat url = http://goo.gl/LHEBwc ( utk DWEN ), Pelaporan L4 rujuk tapak sebelum ini. Pelaporan ini terus kepada Unit Bimbingan Kaunseling JPN Perak. PERLU TINDAKAN SEGERA PADA ATAU SEBELUM 19/11/2014

PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2014.

Kepada
Semua Sekolah Menengah Daerah Kinta Selatan
( U.P Guru Bimbingan & Kaunselung Kerjaya )

PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)_PT3 PSIKOMETRIK TAHUN 2014.

Surat daripada KPPM, rujukan KP/KPPM/LP/JLD3 (17 ) adalah dirujuk.

2.       Pihak sekolah dipohon untuk mencetak pelaporan PBS ( Pentaksiran psikometrik )bagi murid tingkatan 3 sekolah masing-masing dan menyerahkan laporan tersebut kepada murid berkenaan. Sila ikut jadual yang dilampirkan bersama surat berkenaan.

3.       Sekolah-sekolah yang telah membuat penyerahan laporan PBS ( PT3 ), sila ‘login’ ke http://tinyurl.com/ndodu6d untuk memberi pelaporan penyerahan yang telah dibuat secara online kepada JPN Perak dan JPN Perak akan hantar data berkenaan ke KPM setiap hari sebelum jam 3.00 ptg. Pengisian data secara online ini boleh dilakukan setiap hari.


3.       Surat arahan di atas boleh dimuatturun di bawah..




Friday 14 November 2014

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MUDA KPM

Kepada
 Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kinta Selatan
( Seperti Lampiran )
BIL SEKOLAH
1 SMK SERI KAMPAR
2 SMK IDRIS SHAH GOPENG
3 SMK SULTAN YUSSUF
4 SMK SULTAN YUSSUF
5 SMK SULTAN YUSSUF
6 SMK ST. BERNADETTE'S CONVENT
7 SMK KAMPAR
8 SMK MALIM NAWAR
9 SMK MALIM NAWAR
10 SMK SENTOSA
11 SMK SENTOSA
12 SMK METHODIST (ACS)
13 SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD
14 SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF
15 SMK YUK KWAN

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MUDA KPM

Berikut dilampirkan Surat JPN Perak. J.Pel.Pk 5090 / 2(49) bertarikh 12 November 2014 untuk tindakan dan perhatian pihak tuan.

Mohon tuan/puan memberi pelepasan kepada guru-guru berkenaan untuk menyertai program berkenaan. Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Encik Mior Anuar bin Hj Ghazali, Penolong Pengarah Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, JPN Perak.

Sila muatturun surat di bawah;
Surat KPM ms1
Surat KPM ms2
Surat JPNPk tukar tarikh ms1
Surat JPNPk tukar tarikh ms 2
Senarai nama peserta KS

Thursday 13 November 2014

PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU TAHUN 2014

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan,
Sekolah Menengah Teknik,
Kolej Vokasional,
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
Negeri Perak.

Tuan,
PEMBAYARAN BISISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU TAHUN 2014 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI  (JPN) PERAK

Sukacita merujuk perkara di atas.Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan.

Sila klik attachment di bawah.

PENGEMASKINIAN DATA APDM

Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak.
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak.

PENGEMASKINIAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah perlu membuat pengemaskinian maklumat murid dan kelas di dalam APDM bagi persediaan persekolahan Tahun 2015. Mohon kerjasama tuan untuk memastikan Admin Sekolah bagi APDM melaksanakan tugas ini tanpa gagal.
Pengemaskinian ini penting kerana data ini akan digunakan untuk aplikasi-aplikasi lain terutama pendaftaran peperiksaan awam pada tahun 2015 dan penetapan murid yang layak menerima biasiswa.
Sehubungan dengan itu, disertakan bersama surat arahan daripada KPM dan JPN untuk maklumat tindakan seterusnya oleh pihak sekolah. Sila “klik” ruangan attachment di bawah untuk proses muat turun surat tersebut.
 Sekian, terima kasih.
 Unit Pengurusan Maklumat

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Monday 3 November 2014

03.11.2014: PEMBETULAN BORANG BTBTB460 BAGI SK/SJKC/SJKT KEGUNAAN 2015

Semua Guru Besar,
Sekolah Negeri Perak.

Tuan,
PEMBETULAN BORANG BTBTB460 BUKU TEKS BAHARU BAGI SK/SJKC/SJKT KEGUNAAN 2015
Sukacita saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan BTBTB460 yang baharu bagi sekolah berikut :
1. SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SR AGAMA
2. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
3. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
Sila klik attachment di bawah
TARIKH AKHIR PEMBEKALAN : 27 NOVEMBER 2014
Sekian terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

PPD KINTA SELATAN