Wednesday 10 December 2014

10.12.2014 : TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Pengetua / Guru Besar
Sekolah  Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan

 Tuan,

TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Adalah saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan pejabat ini telah menerima buletin eSPKB dari Jabatan Akauntan Negara ANM.PK.P.P.600-5JLD.4(41) bertarikh 8 Disember 2014 , surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 tahun 2014 dan memo dari JPN Perak rujukan J.Pel. Pk.(AM) 5130 bertarikh 9 Disember 2014 adalah dirujuk.

3.         Dimaklumkan bahawa tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) bagi tahun 2014.Sehubungan itu pejabat ini telah mengambil keputusan menetapkan tarikh yang lebih awal seperti di Lampiran A untuk pihak tuan menyerahkan dokumen tuntutan ke pejabat ini bagi membolehkan kami menyemak dan memproses baucar bayaran melalui sistem eSPKB.

4.         Sebarang kegagalan pihak tuan mematuhi arahan, pejabat ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya tuntutan tidak dapat diproses. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dalam memastikan tarikh-tarikh akhir tersebut dipatuhi amatlah diharapkan. Adalah ditegaskan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi ketetapan tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah , pejabat ini berhak untuk menolak daripada membayar tuntutan tersebut.

5.         Kerjasama dari tuan amatlah dihargai bagi memastikan perbelanjaan tahun 2014 boleh dibuat pada tahun semasa bagi mencapai matlamat sifar AP58(a).

MUATTURUN SURAT ARAHAN DI BAWAH:





Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment