Friday 27 March 2015

SPS: PROSEDUR OPERASI STANDARD (POS) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Semua,

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekoah Menengah dan Rendah Negeri Perak
Tuan,
Surat KPM(BPSH-SPKICT)100-11/2/1 bertarikh 16 Mac 2015 dirujuk.
Sukacita dimaklumkan, selaras dengan pengenalan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu sistem data pendidikan yang tunggal, bersama ini disertakan salinan Prosedur Operasi Standard (POS) atau "Standard Operating Procedure" (SOP) yang menjadi terma rujukan rasmi di semua peringkat. Semua pihak juga dinasihatkan merujuk dan mematuhi POS ini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Thursday 26 March 2015

PROGRAM MINDA SIHAT

Kepada

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya ( Sekolah Menengah )
Daerah Kinta Selatan.

1. Mohon muatturun maklumat / bahan untuk pelaksanaan Program Minda Sihat bagi tahun 2015.

2. Sila baca dan fahami Garis panduan yang dilampirkan. Semua maklumat ( Garis panduan dan soalan pengujian ) dan aktiviti ada dilampirkan bersama.

3. Sila patuhi takwim yang ditetapkan.( Rujuk Garis panduan )

4. semua sekolah menengah diWAJIBKAN melaksanakan program ini.

SILA KLIK : GARIS PANDUAN MINDA SIHAT 2015

RUMUSAN PERMOHONAN KWAPM D1, TING.1 SERTA TERCICIR D2-D6 DAN EKASIH SECARA ONLINE

       Terima Kasih atas kerjasama semua Pengetua/Guru Besar, PK/GPK HEM, Guru Biasiswa dan Guru Kwapm atas kesabaran dan keprihatinan tuan/puan dalam mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan seterusnya dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan ( APB ).

       Berikut dilampirkan Rumusan Permohonan KWAPM Online Daerah Kinta Selatan untuk rujukan.

Sila Klik : Rumusan Permohonan KWAPM Online Kinta Selatan

Monday 9 March 2015

LANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN KWAPM ONLINE MELALUI SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)-MODUL KWAPM.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan.

LANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN KWAPM BAGI MURID DARJAH 1, TINGKATAN 1 DAN PELARASAN DARJAH 2 HINGGA DARJAH 6 TAHUN 2015 SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)-MODUL KWAPM.

Surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BKEW/BT) 1900-0 Jld.5 ( 4 ) bertarikh 4 MAC 2015  Jld.5 (2) dan Surat KP(BKEW/BT)1900-0 bertarikh 4 Febuari 2015 adalah berkaitan.

2.        Untuk makluman, tempoh permohonan secara atas talian bantuan KWAPM tahun 2015 bagi murid darjah 1, tingkatan 1 dan pelarasan Darjah 2 hingga darjah 6 menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan ( APB ) modul KWAPM dilanjutkan sehingga 21 MAC 2015.


3.        Sila muatturun surat dan panduan di bawah. Kepada sekolah yang belum selesai sila selesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sebarang masalah sila panjangkan seperti yang tercatat dalam panduan iaitu menerusi email ke KPM.


Harap maklum, terima kasih

PELARASAN BAYARAN PENUH RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015 BAGI DAERAH KINTA SELATAN.

Kepada

Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) DAERAK KINTA SELATAN TAHUN 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Mohon sekolah-sekolah di Daerah Kinta Selatan menyemak butiran kewangan berkaitan dengan RMT dalam akaun sekolah masing-masing. Wang pelarasan RMT untuk 190 hari telah dikeluarkan oleh pihak JPN Perak.


3.        Berikut dilampirkan senarai nama sekolah dan bilangan penerima RMT serta pelarasan kewangan untuk 190 hari. Sila klik pautan di bawah untuk muatturun.


4.        Sekolah buat buat pembayaran ke pada pengusaha kantin/RMT mengikut perjanjian yang telah dibuat antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin/RMT di sekolah masing-masing.

Harap maklum, terima kasih.

PERINGATAN PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS

Semua Pengetua/Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS
Bersama ini dilampirkan surat berkaitan.
Sila klik attachment di bawah.


UNIT HAL EHWAL MURID