Sunday 15 November 2015

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI PERAK 2015.

Kepada

Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling ( Rujuk senarai nama )
Sekolah Rendan dan Menengah
Daerah Kinta Selatan.

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI PERAK 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Perak dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Perak akan menganjurkan Program Pemantapan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Perak. Maklumat program adalah seperti di bawah

Tarikh : 23 November 2015 hingga 25 November 2015
Hari : Isnin hingga Rabu
Masa : 2.00 petang ( 23 November 2015 - Pendaftaran )
Tempat : Kem PLKN Desa Rimba, Sauk, Kuala Kangsar, Perak
Kehadiran : Wajib ( Sasaran 500 orang GBK Negeri Perak )
Perasmian penutupan : YAB Menteri Besar, Perak


3. Mohon muatturun surat panggilan di bawah. Surat juga telah difakskan ke sekolah. Sebarang masalah/pertanyaan sila berhubung dengan Penolong PPD HEM di talian 05-4650531 atau Penyelia HEM, PPD Kinta Selatan di talian 017-5818202.

Muatturun surat rujuk portal PPDKS
klik di sini


TAWARAN BIASISWA UNTUK MURID UPSR BAGI SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPk 2016

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.
Tuan,
TAWARAN BIASISWA UNTUK MURID UPSR BAGI SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPk 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
Sekian terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID.
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Wednesday 11 November 2015

PENGISIAN DATA SPL KPM UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2015

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENGISIAN DATA SPL KPM UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT TAHUN 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Data SPL KPM akan dijana oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 November 2015. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk memastikan SEMUA guru dan staf sokongan telah mendapat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan sebelum 30 November 2015.

3. Pihak tuan juga perlu memastikan Setiausaha LADAP membuat perkara-perkara berikut dalam SPL KPM dengan kadar segera :
a. Memadam (delete) mana-mana latihan yang tidak dilaksanakan di sekolah
b. Memastikan semua kursus / latihan yang telah dijalankan, dikemaskini dengan menukar status 'DILAKSANAKAN'
c. Menyokong kursus luar (KKL) yang telah dihadiri oleh guru atau staf sokongan.
d. Menyokong ulasan buku (book review) yang dibuat oleh guru atau staf sokongan.
e. Menyemak senarai guru atau staf sokongan yang belum mencapai tujuh hari berkursus.

4. Bersama-sama ini disertakan Analisis Bilangan Hari Berkursus yang dijana pada 3 November 2015 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rozaida Binti Abdul Wahab (Penyelaras Latihan PPD Kinta Selatan) di talian 05-4650521 / 019-3663603. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.

SENARAI SEKOLAH

Sekian, terima kasih.

PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU TAHUN 2015 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK



Pengarah Kolej Vokasional,

Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan,
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
Negeri Perak.
Tuan,
PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU TAHUN 2015 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
2.    Surat dan tindakan seperti dilampirkan (ruangan attachments di bawah).

KLIK UNTUK MUATTURUN SURAT ARAHAN
Sekian, terima kasih.

Penolong Pengarah (Tajaan & Biasiswa)
Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Lama dah tak ke sini