Tuesday 27 January 2015

BAHAN TAKLIMAT DAN BENGKEL KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN TAHUN 2016

Semua,
Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
BAHAN TAKLIMAT DAN BENGKEL KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN TAHUN 2016
Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita dimaklumkan Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) secara online telah sedia untuk digunakan di semua sekolah seluruh negara pada tahun 2015. Bersama ini dilampirkan maklumat yang perlu di bawa oleh Penyelaras SPBT sekolah ketika menghadiri taklimat keperluan SPBT kegunaan  tahun 2016 di daerah masing-masing.
2.1 komputer riba
2.2 wayar penyambung (extension wire)
2.3 peranti jalur lebar (Broadband/ wifi devices)
2.4 Borang ujuran enrolmen murid yang lengkap dan terkini
2.5 Senarai kehadiran murid 'Return' bulanan mengikut tahun/tingkatan terkini
2.6 Lampiran G yang telah dikemas kini, lengkap dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar (bawa softcopy bersama)
2.7 Senarai murid mengikut mata pelajaran teras/elektif/agama/moral
2.8 Surat turun kuasa Pengetua/Guru Besar kepada Penyelaras SPBT sekolah untuk pengesahan data enrolmen dan pesanan buku teks dalam sistem eSPBT

SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.


No comments:

Post a Comment