Tuesday 6 January 2015

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ( SPS )

Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

PERHATIAN : PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ( SPS )


Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.

Proses naik kelas secara automatik telah dilakukan oleh sistem. Penolong Kanan Pentadbiran diwajib mendaftarkan kelas yang belum wujud atau mengemaskini kelas sedia ada di sekolah masing-masing berserta maklumat guru kelas

Guru kelas dikehendaki mengemaskini data murid SEBELUM 15 JANUARI 2015

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab di atas segala tugas pengemaskinian data dan maklumat murid diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Pengetua/Guru Besar diwajib mengesahkan semua data murid selepas tamat tempoh pengemaskinian.

Kehadiran murid bagi semua sekolah adalah menerusi modul Pengurusan Murid (PM).

Sila klik untuk muatturun surat dan garis panduan pelaksanaan

1. SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 21 TAHUN 2014

2. Garis Panduan Pelaksanaan SPS

No comments:

Post a Comment