Tuesday 23 September 2014

BIASISWA TUNAS GELIGA

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Negeri Perak

Tuan,

PROGRAM BIASISWA TUNAS GELIGA

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat KP(BPSH-SPDK)201/002/01 Jld.265(54) bertarikh 17 September 2014 mengenai perkara di atas.

2.             Bersama surat ini dipanjangkan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Jalinan Kolaboratif Pelaksanaan Program Peneraju Tunas Geliga Antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Semua permohonan adalah secara atas talian di alamat http://penerajuedu.com mulai 7 September hingga 30 September 2014.

 3.            Permohonan biasiswa ini terbuka kepada murid Bumiputera Tahun 6. Permohonan dibuat secara atas talian di sesawang http://penerajuedu.com dari 7 September hingga 30 September 2014.

4.             Syarat :
      i.    Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
      ii.   Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan                                        
      iii.  Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebula
      iv.  Aktif dalam kokurikulum
      v.   Mempunyai bakat kepimpinan
      vi.  Bersedia ditempatkan di sekolah berasrama
      vii. Bersedia untuk mengikuti semua aktiviti pembangunan                     murid sepanjang tempoh penajaan YPPB

Mohon pihak sekolah membantu murid yang berminat untuk membuat permohonan.


Unit Hal Ehwal Murid, JPN Perak



No comments:

Post a Comment