Tuesday 14 October 2014

15.10.2014 : PEMBEKALAN BUKU TEKS TERBITAN BAHARU KEGUNAAN 2015

Semua,
Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan
Tuan,
PEMBEKALAN BUKU TEKS TERBITAN BAHARU KEGUNAAN TAHUN 2015
Sukacita saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan borang BTBTB460 Buku Teks Terbitan Baharu Kegunaan Tahun 2015 untuk rujukkan tuan.
2.        Tarikh akhir pembekalan pada 27 November 2014.
3.        Sehubungan dengan itu, tuan dipohon mengambil langkah berikut :
3.1.  Memastikan bekalan buku teks yang dihantar oleh penerbit dan pembekal
mencukupi berdasarkan borang BTBTB460
3.2.  Mengeluarkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks kepada guru bertugas atau Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks semasa cuti sekolah.
3.3.  Melaporkan dengan segera penerimaan buku teks ke dalam Sistem
         eMATEKS di laman  web Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan
Malaysia atau melalui laman URL  http://emateks.greensilicon.com
(username dan password ialah kod sekolah)
 Tatacara penggunaan eMATEKS di Lampiran 1
     3.4 Melaporkan segera kepada pihak JPN atau PPD sebarang masalah berkaitan
            pembekalan buku teks.
 4.       Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia HEM (SPBT) daerah atau Cik Ruziah Binti Ab Majid Penyelia SPBT JPN ditalian 05-5015141/017-8842306.

Sekian dimaklumkan terima kasih.


UNIT HAL EHWAL MURID

PPD Kinta Selatan

No comments:

Post a Comment