Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri
Perak
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak
Tuan,
Sukacita dimaklumkan, mulai 1 Januari
2015 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan dasar penggunaan
satu (1) sistem bersepadu dan data tunggal. Ini bertujuan mengelak dari semua
pihak dibebankan dengan kutipan data yang bertindih.
SPS boleh dilayari di sesawang http://sps.moe.gov.my .
Sila klik menu Log Masuk. Klik salah satu Menu Pengurusan, login aplikasi
menggunakan ID dan katalaluan yang sama seperti biasa.
Sehubungan itu Sistem Pengurusan
Sekolah (SPS) diperkenalkan dan hendaklah dilaksanakan oleh semua sekolah mulai
hari pertama sesi persekolahan 2015.
Perlu diingatkan, kerja kemaskini SEMUA DATA MENGIKUT 3 MODUL UTAMA
hendaklah dilaksanakan
SETIAP KALI berlaku sebarang perubahan dan sepanjang masa.
SETIAP KALI berlaku sebarang perubahan dan sepanjang masa.
Sila muat turun surat arahan di bawah
dan manual pengguna SPS boleh dimuat turun dari sesawang SPS atau APDM.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak
No comments:
Post a Comment